ruumz - myBlog

Ruumz

Profile

  • Name: Mohd Bambang Mualip
  • Sex: Male
  • Country: Malaysia
  • Relationship Status: Single
  • I'm Looking For: Friendship
  • (Add Mohd Bambang Mualip as a friend)

  • Send Message
Send Message

Mohd Bambang Mualip's Links

Mohd Bambang Mualip's Blog

Displaying 1-6 out of 6 blog entries (December 2007)

Publish date 28/12/2007 | 197 views
Be the first to like this blog. Like It? Please login.
Seramai 21 orang calon telah diumumkan sebagai pelajar cemerlang Penilaian Menengah Rendah (PMR) peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL) bagi tahun 2007. Para pelajar ini dipilih daripada 1,699 calon yang mendapat semua A dalam peperiksaan berkenaan.

Pemilihan mereka bukan saja berdasarkan pencapaian terbaik dalam peperiksaan semata-mata, malah turut mengambil kira aspek kokurikulum dan sahsiah.

21 orang pelajar cemerlang PMR WPKL ialah;
  1. Adibatul Athirah Azman 9A (SMK Seri Saujana)
  2. Norhamizah Mahamood 9A (SMK Raja Ali)
  3. Azri Azmi 9A (SMK Agama Kuala Lumpur Manjalara)
  4. Mohamad Asyraf Mohamad Nor Johari 9A (SMK Segambut Jaya)
  5. Siti Nur Ain Rosli 9A (SMK Cheras)
  6. Ahmad Ruiz Mohd Asri 8A (SMK Taman Tun Dr Ismail)
  7. Anis Zafirah Mohd Rafael 8A (SMK Seri Hartamas)
  8. Tan Wen Xin 8A (SMK Puteri Ampang)
  9. Nor Syuhada Ahmad Soobni 8A (SMK Wangsa Maju Seksyen 2)
  10. Siti Sarah Abdul Satar 8A (SMK Wangsa Maju Seksyen 5)
  11. Damian Phun Kah Yonng 8A (SMK Kepong Baru)
  12. Tan Kien Yoong 8A (SMK Seri Bintang Utara)
  13. Muhammad Hazwan Hashim 8A (SMK Aminuddin Baki)
  14. Ahmad Aiman Firdaus Azizan 8A (Sekolah Menengah Sains Selangor)
  15. Kung Khai Shien 8A (SMK Taman Connaught)
  16. Ivy Hong Wai Yin 7A (SMK Bukit Bandaraya)
  17. Raymond Khoo Teck Hien 7A (SMK Sri Sentosa)
  18. Aishwariya Krishna Kumar 7A (SMK Convent Bukit Nanas)
  19. Lai Weijean 7A (SMK St Mary)
  20. J Nhanthinhi 7A (SMK Convent Jalan Peel)
  21. Norhayu Sapri 5A 3B (SMK Pendidikan Khas Setapak) OKU Penglihatan

Tahniah kepada semua yang terpilih sebagai pelajar cemerlang. Anda telah membuat keluarga dan sekolah anda semua bangga!!
Publish date 28/12/2007 | 185 views
Be the first to like this blog. Like It? Please login.
Sekolah Menengah Sains Selangor (SMSS) merupakan sekolah berasrama penuh terbaik peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dengan pencapaian peratusan A sebanyak 73.35 peratus. Sekolah Menengah Kebangsaan Aminuddin Baki dengan 69.08 peratus pula mendahului bagi kategori sekolah kawalan dan Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Hartamas dengan 20.24 peratus mengungguli kategori sekolah harian.

SMSS juga di antara tiga sekolah di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bersama Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kuala Lumpur Manjalara, Sekolah Menengah Kebangsaan Aminuddin Baki, Kampung Pandan yang mencatat kelulusan 100 peratus.

Well done SMSS!!
Publish date 20/12/2007 | 79 views
Be the first to like this blog. Like It? Please login.
Publish date 19/12/2007 | 90 views
Be the first to like this blog. Like It? Please login.

Teater Aladdin

Dari kiri: Mikhail, Faizal, Saiful dan Farina (Foto:Mstar)

Aku baru je balik dari tengok teater Aladdin kat Istana Budaya. Aku pergi dengan family pakcik aku. Memang tak menyesal la harga tiket RM30. Bila habis je teater tu bergema satu dewan dengan tepukan gemuruh orang yang datang. Pelakon-pelakonnya pun semuanya mempunyai bakat yang mengagumkan terutama Faizal Ismail yang baru pertama kali berlakon. Malam ni show yang terakhir jadi ramai la yang datang tak nak miss peluang ni. Memang tak kering gusi la time show tu. Aku harap show macam ni akan diadakan lagi pada masa akan datang.

Cerita tentang teater ini boleh dibaca di Kembara bersama fantasi Aladdin, Fantasi kanak-kanak dalam Aladdin dan Mampukah Aladdin ikut jejak Ali Baba?
Publish date 19/12/2007 | 239 views
Be the first to like this blog. Like It? Please login.

Wan Aishah

Legenda Mahsuri masih menjadi bualan hangat walaupun telah berkurun lamanya kisahnya berlalu. Mahsuri hanyalah anak kepada pasangan suami isteri yang miskin. Memang menjadi lumrah hidup setiap pasangan yang telah berkahwin pasti inginkan cahaya mata. Kedatangan Mahsuri menambah lagi seri keluarga itu. Alkisahnya antara semua kanak-kanak yang lahir sezaman dengannya, Mahsuri merupakan yang paling comel di Langkawi hingga menjadi bualan hangat.

Anak-anak umpama kain putih, ibu bapalah yang mencorakkannya. Itulah yang dilakukan oleh semua ibu bapa tidak ketinggalan juga ibu bapa Mahsuri. Bukan hanya paras rupa yang menjadi bualan malahan budi bahasa serta sopan santunnya sering menjadi buah mulut penduduk Langkawi. Pantang melihat kesusahan pasti dia akan membantu. Ibu bapanya berasa bangga dengan Mahsuri kerana dia menjadi orang yang berguna.

Sudah menjadi kemestian bagi setiap makhluk untuk berpasangan, begitu juga dengan Mahsuri. Sudah ramai jejaka-jejaka yang masuk meminang tetapi semuanya berakhir dengan kekecewaan. Pada suatu hari ada seorang jejaka yang masuk meminang dan pinangannya diterima oleh Mahsuri. Dikatakan bahawa jejaka itu merupakan seorang yang berjawatan tinggi dalam Kerajaan Langkawi. Maka musnahlah harapan semua jejaka-jejaka yang ingin memperisterikan Mahsuri.

Maka majlis perkahwinan mereka pun berlangsung dengan meriahnya. Pasangan itu hidup bahagia dan dikurniakan seorang cahaya mata untuk suatu ketika. Budi bahasa yang ditunjukkan oleh Mahsuri menjadi buah mulut penduduk di Langkawi. Ini menimbulkan perasaan iri hati Wan Mahora, isteri seorang yang berjawatan tinggi di Langkawi. Oleh itu dia menimbulkan fitnah ke atas Mahsuri dengan mengatakan dia melakukan hubungan dengan lelaki lain semasa ketiadaan suaminya.

Ini menyebabkan dia dikenakan hukuman sula tanpa usul periksa. Penduduk setempat berasa kasihan telah mengumpulkan wang emas dan harta mereka untuk menebus Mahsuri tetapi tidak diendahkan. Alkisahnya ketika tiba waktu hukumannya tiada satu pun senjata yang dapat menembusi kulit Mahsuri. Mahsuri dibiarkan terikat di batang pokok selama beberapa hari dan merana kesakitan. Disebabkan tidak dapat menanggung kesakitannya akhirnya dia memberitahu bagaimana hendak membunuhnya. Satu saja alat yang dapat menembusi kulitnya iaitu pisau ayahnya.

Maka setelah mendapatkan pisau itu hukuman terus dijalankan. Menurut sejarahnya sejurus selepas pisau itu menembusi tubuh Mahsuri darah putih terus mengalir keluar dan hilang di udara. Kepulangan suaminya disambut berita kesedihan kematian Mahsuri ditambah pula dengan kematian isterinya itu disebabkan oleh fitnah orang. Kesedihan ini menyebabkan suami Mahsuri berpindah dari Langkawi bersama-sama anak tunggal mereka Wan Hakim kerana tidak dapat menerima kenyataan isterinya dibunuh kerana fitnah orang.

Sebelum kematian Mahsuri, dia telah menyumpah tanah Langkawi supaya berada dalam kesengsaraan dan hanya berakhir selepas tujuh keturunannya. Menurut sejarahwan, keturunan yang ketujuh itu bernama Wan Aishah dan kini menetap di Thailand dan berumur 23 tahun. Sejarahwan mengatakan sepanjang Langkawi berada dalam sumpahan itu, Langkawi berada dalam huru hara dan mengalami perpecahan. Hanya selepas lahirnya keturunan ke tujuh barulah Langkawi menjadi maju dan menjadi tumpuan pelancong serta diwartakan sebagai pulau bebas cukai.

Inilah yang dapat aku ceritakan mengenai lagenda Mahsuri hasil lawatan aku ke Makam Mahsuri baru-baru ini. Banyak lagi tempat-tempat bersejarah yang terdapat di Malaysia dan masing-masing mempunyai sejarahnya yang tersendiri. Cuti sekolah yang ada ini gunakanlah untuk melawat tempat-tempat bersejarah di Malaysia.
Publish date 19/12/2007 | 80 views
Be the first to like this blog. Like It? Please login.
Hari raya haji atau hari raya Aidiladha juga dikenali dengan nama hari raya korban bakal menjelang tak lama lagi. Setiap tahun umat Islam menyambutnya pada tarikh 10 Zulhijjah kalendar Islam. Peluang ini akan diambil bagi orang yang berkemampuan untuk melakukan korban bagi menambahkan sedikit pahala sebagai bekalan di alam akhirat. Pada tarikh ini juga bagi umat Islam yang berkemampuan peluang ini akan digunakan untuk menunaikan rukun Islam yang ke-5 iaitu menunaikan haji.

Bercakap tentang haji, adakah anda tahu terminal haji Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz, Jeddah merupakan terminal haji yang terbesar di dunia. Dibina di atas padang pasir, terminal ini adalah bangunan berbumbung yang terbesar di dunia. Berkelebaran 1.5 kilometer persegi dengan landasan sepanjang 14 kilometer serta 180 kilometer jalan raya melingkarinya.

Terminal ini dikelilingi 40 bangunan pelbagai saiz yang menambah lagi seri keindahannya. Pada musim haji 80,000 jemaah dapat berlepas serentak hanya dalam masa 30 minit. Bagi sesiapa yang pernah menunaikan haji atau umrah pastinya anda pernah ke terminal ini. Pastinya satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan.
Quicklinks